26 May 2022

"I NOT WOMEN..." - ISU 'BERCUMBU', KEKASIH SYAFI TEE BANGGA MENGAKU SEORANG 'TRANSGENDER'?



Sebelum ini tular video didakwa pelakon Syafi Tee berpelukan dan mencium seorang wanita dan ia hangat diperkatakan. Malah bapa kepada pelakon ini iaitu penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil memberi respon dengan mengakui dirinya tidak sempurna.


Ujar bapa Syafi lagi, apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya dan anaknya yang baru menceburi dalam dunia seni. Tambahnya, beliau akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan dan kemungkaran walaupun anaknya sendiri.

Terkini, belum reda lagi dengan video tersebut, tular pula perkongsian seorang pengguna Twitter yang mendedahkan bahawa wanita tersebut adalah seorang transgender.

Menerusi entri tersebut, pengguna Twitter itu turut berkongsikan paparan sebuah akaun Instagram didakwa milik 'wanita' berkenaan. Pada profile akaun Instagram itu, 'wanita' tersebut secara terang-terangan menyatakan dirinya bukan wanita berserta bendera LGBT.

Namun begitu, dakwaan tersebut masih lagi didiamkan dan Syafi juga tidak membuka mulut mengenai kontroversi yang dihadapinya itu.

Klik untuk gambar besar














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: