26 May 2022

ZARINA ANJOULIE SINDIR AWAL ASHAARI?: "KARMA IS REAL... TAK PERLU BERIA NAK JATUHKAN, BURUKKAN ORANG"



"Hari tu Awal was going all out for my BFF @hafidzahhassan1. Karma is real. Let's all stay humble next time tak perlu beria nak jatuhkan orang, nak memburukkan orang sebab kita tak tahu bila kita pulak akan jatuh," itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie di Twitter.


Kenyataan yang dimuat naik itu telah menjadi perhatian ramai apabila memberi reaksi mengenai pengacara Awal Ashaari berhubung kes khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

Menerusi entri itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendakwa Awal sebelum ini pernah mengkritik rakan baiknya iaitu peguam Nurul Hafidzah Hassan.

Anju turut menganggap tuduhan berkenaan adalah 'kifarah' yang berlaku terhadap Awal. Anju turut berpesan kepada Awal supaya tidak perlu beria untuk menjatuhkan orang lain.

Terdahulu, Awal didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan. Bagaimanapun, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: