24 May 2022

YONNYBOII TERGORES HATI ISTERI DIKECAM ISU TUDUNG - HAIRAN PASANGAN BERCINTA DISANJUNG TAPI SUAMI ISTERI PULA DIHINA



"Dunia terbalik... couple disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang? Mulut celupar, sesama manusia maki hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati.


"Tak tentu dimaafkan," demikianlah tulis penyanyi rap Yonnyboii menerusi laman Instastory miliknya dimana dia mengakui banyak menerima komen negatif mengenai penampilan isterinya iaitu Nik Nazira dan berasa hairan dengan segelintir netizen yang lebih menyanjungi pasangan bercinta manakala suami isteri yang sudah menghalalkan hubungan pula dihina.

Sebelum ini, keputusan isteri Yonnyboii untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya lebih berbentuk kecaman.

Kata Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Nuriman Nor Azrin ini, kecaman dan hinaan yang dilakukan oleh netizen itu menggores hati sehingga sukar dimaafkan.

Klik untuk gambar besar



Yonnyboii yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu itu berharap peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.

Menurut penyanyi lagu 'Salahku' ini, isterinya yang berusia 22 tahun itu masih dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna. Namun sehingga kini, laman sosial Yonnyboii dan Nik Nazira tetap dihujani komen netizen yang mengharapkan wanita itu kembali dengan imej bertudung.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan sanggup menggadaikan diri hanya untuk mendapat dosa.

"Duduk cakap fasal dosa ini, yang kutuk-kutuk tu terima kasih la beri pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: