23 May 2022

"IA TIADA KENA MENGENA SAYA" - MIERA LIYANA NAFI DIRINYA PUNCA RUMAH TANGGA MADU BERANTAKAN



"Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu. Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka. Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya. Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama.


"Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu. Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.

"Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan. Saya tak fikir ia berkaitan dengan saya. Jika tidak berkahwin dengan saya sekali pun, mereka tetap ada masalah. Saya juga tidak dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Sudah dua tahun saya dan suami berkahwin, anak pun sudah berusia setahun. Adakah dengar cerita bukan-bukan mengenai saya? Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu. Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya," itulah jawab pelakon Miera Liyana yang berkata dia tiada hak menjawab persoalan apabila diasak pertanyaan sejauh mana kebenaran suaminya dan isteri pertama dimana didakwa dalam proses perceraian.

Dua tahun lalu, Miera, 29, pernah menggemparkan industri hiburan apabila memilih mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rosland Othman, 49. Bukan hanya memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun dipersoalkan. Malah, belum pun sempat 24 jam bergelar suami isteri, satu video dimuat naik menerusi laman YouTube mendedahkan Miera 'hidup bermadu'.

Video itu mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan. Namun, segala persepsi ditepis dengan baik oleh pasangan itu. Mereka tidak pernah menyorok perkahwinan, mendapat restu kedua-dua keluarga, malah, tiga majlis, iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi berlangsung dengan gemilang bersama kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga dan menimang cahaya mata pertama, kini timbul dakwaan, suami Miera dalam proses perceraian dengan isteri pertama. Sudah tentu, Miera dituding jari dituduh punca rumah tangga suami dan madunya berantakan.



"Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu. Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.

Pelakon filem 'Apokalips X' dan 'Lebuhraya Ke Neraka' itu berkata, dia percaya suami dan madunya mempunyai masalah peribadi dan tersendiri. Mengulas pasti orang luar menyalahkannya, mendakwa sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga, Miera berkata, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan, bukan di tangannya.

"Jujurnya, saya memang tak tahu dan tiada hak nak ambil tahu, jauh sekali masuk campur. Bagi saya, biar suami dan madu menyelesaikan kemelut rumah tangga tanpa campur tangan sesiapa. Lagipun, mereka memiliki anak-anak. Saya percaya suami mahupun madu matang dalam menangani isu peribadi. Saya tidak pernah memaksa, sebaliknya suami dan madu sudah membuat keputusan. Mungkin juga ini jalan dan keputusan terbaik untuk mereka," katanya.



Disoal hubungannya dengan madu, Miera berkata, dia hanya fokus kepada keluarga, itu keutamaannya berbanding memikirkan soal orang lain. Miera berkata, orang tetap mengata macam-macam ketika berkahwin dahulu.

"Saya tak pernah fikir orang lain, apatah lagi, nak ambil tahu hal orang, termasuk kehidupan suami dan madu. Selepas berkahwin, saya bunting pelamin dan kini, sibuk membesarkan anak. Saya sentiasa sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadi tiada masa memikirkan kehidupan orang lain. Saya tidak kisah dengan andaian dan persepsi. Apa yang penting, dia menjaga suami, anak dan keluarga dengan sebaiknya," jelasnya.

Mengulas keadaan suami yang kini berdepan dengan detik sukar, Miera berkata, suaminya seorang yang sangat tenang: "Apapun masalah yang datang, suami tabah dan anggap ia sebahagian ujian dalam kehidupan. Segala-galanya diserahkan pada Allah. Namun, sebagai isteri, saya harus berada di sisi suami dalam apapun juga situasi," tuturnya.

Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai 2020 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka. Mereka memilih mendirikan rumah tangga selepas empat tahun berkawan baik.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: