23 May 2022

ISU TUTUP MUKA ANAK, AZWAN ALI 'BIDAS' SITI NURHALIZA?: "GI LAH MAM! ALLAH YANG BAGI KAU ANAK"



Selebriti Azwan Ali atau mesra disapa sebagai Diva AA sering menjadi perhatian ramai dek kerana dirinya yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai sesuatu topik di laman media sosial.


Seperti baru-baru ini, dia ada membuat satu ciapan di Twitter berkenaan dengan isu selebriti menutup muka anak dan memuji pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana biarpun anak ketiga baru dilahirkan, mereka sudah pun menunjukkan anaknya itu.

Isu turut mendapat perhatian dan diperkatakan oleh ramai selebriti lain, seperti Kak KM, Elly Mazlein dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mungkin menyedari segala statement yang dilakukan oleh selebriti lain mengenai isu itu, Azwan Ali ada memuat naik satu ciapan seakan-akan marah pada seorang selebriti.

Di dalam ciapan itu juga, dia memuat naik sekali satu keratan akhbar online yang memaparkan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenal pasti iaitu Siti Nurhaliza.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, isu mengenai tutup muka anak yang baru saja dilahirkan ini sejak kebelakangan ini menjadi topik yang sering ditanyakan kepada selebriti-selebriti Malaysia ataupun mereka sendiri yang berkongsikan pandangan mengenai hal ini.

Terdahulu, Siti Nurhaliza telah memberi pesanan kepada netizen yang sering mempersoalkan tindakan selebriti menutup wajah anak dalam akaun Instagram (IG).

Tegas penyanyi tersohor itu, tindakan selebriti berkenaan tidak sepatutnya jadi polemik dan netizen juga tidak perlu masuk campur kerana ia keputusan bersifat peribadi.



"Usah pertikaikan mengapa ada selebriti enggan mendedahkan wajah bayi mereka. Bagi saya, terpulang kepada ibu bapa masing-masing. Mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri.

"Malah, setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak tunjuk wajah anak atau sebaliknya. Saya hormati pendirian mereka. Saya juga ada pilihan untuk tidak menunjukkan wajah anak-anak saya, sebelum ini," tuturnya.

Tambah penyanyi 'Aku Bidadari Syurgamu' ini, dia percaya apabila sudah bersedia, pasti artis berkenaan akan memperkenalkan wajah anak untuk tatapan khalayak.

"Jika tiba masanya nanti, mereka nak tunjuk wajah anak. Jadi, tak perlukan kita nak mempertikaikan apa-apa kerana mereka tahu apa yang mahu dilakukan," ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: