12 June 2022

4 TAHUN MENYULAM CINTA DALAM DIAM - HARRIS ANNUAR & ASHA MERICAN KINI SUAMI ISTERI



"Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha," itulah kata pelakon Harris Annuar yang meluahkan rasa syukur apabila dia telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model, Asha Merican pada jam 4 petang semalam di Magica Hall, di sini.


Harris yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton, ketika dihubungi berkata, selepas empat tahun menyulam asmara dia nekad memperisterikan Asha.

"Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiakan hubungan ini. Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar.

"Hanya keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu. Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga Asha untuk merisik," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Pada majlis terbabit, Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Asha beserta lima dulang hantaran, manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang. Majlis pernikahan itu disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti antaranya Hun Haqeem dan Safwan Nazri.

Pasangan pengantin baharu itu mengayakan baju berwarna putih pada majlis pernikahan itu. Dalam pada itu, Harris bakal mengadakan majlis resepsi di lokasi sama malam ini.

Harris yang jarang berkongsi kisah peribadi di laman sosial itu berkongsi mengenai keperibadian isterinya dimana Asha memiliki keperibadian yang hampir sama dengan ibu tercintanya.



"Asha memiliki sisi yang menghiburkan berbanding saya yang pendiam. Jadi bila ada isteri yang ceria dan periang saya rasa seronok. Rasanya ramai juga yang tahu saya seorang yang agak sensitif dan mudah menangis. Orang kata suka layan perasaan.

"Jadi, bila ada Asha dalam hidup sekurang-kurangnya dapat menjadi penyeri selain dia memiliki perangai yang lebih kurang sama dengan mummy," kata Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar.

Sebelum itu, peserta Hero Remaja 2017/2018 turut memuat naik video prewedding dengan kapsyen 'selepas 4 tahun' yang memberitahu tentang tempoh percintaan mereka. Rata-rata peminat dan pengikut laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah.




















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: