12 June 2022

"DIA MACAM CEPAT PENAT, SENGGUGUTNYA PUN DATANG BALIK" - ALONG EYZENDY & ISTERI MAKIN SIHAT SELEPAS DERMA BUAH PINGGANG



Pada April tahun lalu, isteri pelakon Along Eyzendy, 43, iaitu Hamidah Mohd. Yatim, 38, telah mendermakan buah pinggang kepada suaminya. Mengulas mengenai proses pemindahan tersebut, Along berkata, selepas sedar dari Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor memberitahu keadaannya okey dan air kencingnya banyak.


"Keadaan isteri saya Alhamdulillah baik. Dia memang diberi kebenaran untuk bagi buah pinggang pada saya sebab dia tiada sakit apa-apa. Buah pinggang kanannya diberikan untuk dimasukkan ke sebelah kiri pinggang saya.

"Yang sebelah kanan keadaannya 90 peratus bagus. Manakala yang sebelah kiri 96 peratus. Bacaan 96 peratus dikira bagus. Maksudnya ia berfungsi elok. Keadaan isteri saya pun okey. Dia keluar wad seminggu selepas pembedahan, manakala saya sebulan.

"Cuma saya nampak dia macam cepat penat sekarang. Masalah senggugutnya pun datang balik. Dulu sebelum kahwin memang dia ada sakit ini. Lepas dapat anak dia hilang. Apapun kesihatan dia okey.

"Selepas setahun pembedahan, kesihatan saya makin okey. Badan pun berisi semula. Cuma saya kena berjumpa doktor sebulan sekali. Kalau bacaan darah tak okey saya akan 'warded'," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Along kini terlibat dalam teater 'Muzikal Moyang Salleh' arahan Roslee Mansor terbitan Karyawan Negeri Sembilan. Teater tersebut akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos ini.

"Saya akan membawakan watak sebagai Si Amat, utusan Moyang Salleh ke Johor. Lama saya tak beraksi di Istana Budaya dan kebanyakan yang terbabit adalah rakan teater. Jadi saya rasa tergerak untuk ikut sekali bersama.

"Saya sebenarnya dah mula bekerja. Saya beritahu produksi saya sihat, tapi saya akan jumpa doktor bila perlu dan kalau doktor kata saya kena tahan di wad saya akan ikut.

"Tapi tak lama dalam dua tiga hari kerana doktor nak pantau bacaan darah. Kalau ia naik, saya kena masuk wad dan tengok bacaan. Kalau dah okey, saya boleh keluar. Saya kena jaga pemakanan," katanya yang bergelar pensyarah mengajar subjek makyung di Aswara.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: