13 June 2022

AKSI GOYANG, TEPUK PUNGGUNG - NETIZEN TEGUR, SIFATKAN SEOLAH TIADA MARUAH



"Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling 'aum' sekali, korang kena datang," demikianlah kata anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih disapa Kak KM menerusi perkongsian video di laman Instagram.


Bagaimanapun, video pengasas produk itu menjadi perhatian apabila memaparkan usahawan kosmetik lain Datuk Seri Vida, pelakon Ifa Raziah dan penyanyi Cheta Pot Pet menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu 'menguji kehebatan aset' mereka. Rata-rata netizen menyifatkan aksi tersebut seolah tiada maruah serta dikatakan semakin melampau.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang mendoakan agar kesemua mereka diberikan hidayah. Malah, ada netizen mengatakan disebabkan itu juga penghuni neraka kebanyakannya golongan wanita.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: