14 June 2022

AL-FATIHAH - HAMID GURKHA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Benar, bapa saya telah meninggal dunia sekitar pukul 2.00 petang tadi. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak hospital dan kami rancang untuk proses pengkebumian petang ini," demikianlah kata anak kepada pelawak dan pelakon legenda Hamid Gurkha, Fendy Hamid yang mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, kira-kira pukul 2.19 petang tadi.


Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman turut disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid. Nor berkata, doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

"Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital," jelas yang berkata jenazah arwah bapanya masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

Klik untuk gambar besar



Pada Khamis lalu, Nor menafikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagaimanapun, Nor memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.

Terdahulu, pada Aidilfitri lalu, keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19 pada Februari lalu. Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Untuk makluman, Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: