Pasti ramai tahu mengenai kumpulan Dolla yang dianggotai oleh empat orang gadis yang digelar Blackpink Malaysia. Namun baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai salah seorang ahli kumpulan tersebut yang dikecam netizen selepas membuat aksi tarian di aplikasi TikTok.
Menerusi satu video, ahli kumpulan tersebut iaitu Tabby, Angle dan Syasya sedang menari bersama, namun tarian 'twerk' yang dilakukan oleh Sabronzo menjadi perhatian ramai. Ia berikutan aksi 'twerk' yang dilakukannya dikatakan agak keterlaluan dan menggairahkan.
Seperti sudah dijangka, aksinya itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan aksinya itu melampau dan tidak sesuai dilakukan oleh wanita Muslim.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih melihat pemakaian Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina kerana pemakaian ahli kumpulan lain bukan beragama Islam iaitu Tabby dan Angle lebih sopan.
Klik untuk gambar besar
KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON
________________________

No comments:
Post a Comment