12 June 2022

"ALHAMDULILLAH ADIK SEMAKIN SIHAT... HAPPY BABY HAPPY DADDY" - AMAR BAHARIN KONGSI KEADAAN TERKINI ANAK KEDUA



Menerusi muat naik di laman Instagra, pelakon Amar Baharin telah berkongsi keadaan terkini anak keduanya, Ayra Aryssa. Dalam status tersebut, Amar meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya kini sudah kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.


Ia susulan anak perempuannya itu diserang jangkitan virus 'Kawasaki' dan turut mengalami gejala demam panas sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar awal bulan April.

"Alhamdulillah adik semakin sihat 🤲🏻 Happy Baby Happy Daddy," tulis suami kepada pelakon Amyra Rosli ini beserta beberapa lampiran foto terkini anak tersayang.

Untuk makluman, Amar mendirikan rumah tangga bersama Amyra pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: