12 June 2022

"STATUS KAMI MASIH SUAMI ISTERI... KALAU INI RANCANGAN PIHAK KETIGA, SEMOGA BERJAYA LA" - PUTERI SARAH



Rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sebelum ini hangat diperkatakan selepas mendedahkan diganggu orang ketiga. Terbaru, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik mesej diterima seorang individu.


Menerusi mesej itu, individu berkenaan menyatakan pihak ketiga mendakwa pasangan itu akan bercerai selepas aktres itu balik dari menunaikan ibadah umrah pada Mei lalu.

Puteri Sarah bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan dia dan suaminya yang merupakan seorang pelakon dan pengarah itu masih lagi suami isteri.

"Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la. Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak taulah apa rancangan pihak sana bercerita menyampaikan dekat orang ramai," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menjelaskan suaminya masih melaksanakan tanggungjawab serta tidak mengabaikan nafkah serta dan kerap berjumpa dengan anak-anak.

"Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: