17 June 2022

"AKU TAK MENYOROK LA SI*L... CABAR AKU, AKU SAMPAI AKU CARI" - SYAMSUL YUSOF



"Wuih bahasa.. bakar line nampak mstar? AKU TAK MENYOROK LA SI*L 🤣. Nak aku dtg ofis mstar cari sapa penulis ni ke SEMBUR depan muka? Ni barang tak main dlm media. Cabar aku, aku sampai aku cari. Silap org kau cari gaduh wahai wartawan si*l.


"Nanti abg sampai k? Nila dia.. kita tak cari masalah ngan org, org cari masalah dgn kita. Bila sampai masa kita balas, kita pulak yg dikata salah. Tahler jang... ko tunggu jela mstar.

"Pandai skang tulis artikel bangang pastu tak letak sapa nama penulis. Just tulis 'oleh mstar' je. asal? Takut? Cehh," itulah tulis pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Semalam berlangsungnya pelancaran filem 'Mat Kilau' arahan Syamsul Yusof. Bagaimanapun, sebuah portal tempatan mendakwa kelibat pengarah itu tidak muncul.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan isu sebelum ini dengan pengarah itu yang tidak berpuas hati dengan laporan mengenai rumah tangganya.

Susulan laporan portal itu, Syamsul akhirnya tampil bersuara di Instagram. Menerusi entri itu, Syamsul berkata dia tidak menyorok serta meminta pihak berkenaan menunggu kehadirannya.

Syamsul berkata tajuk portal berkenaan seolah mengundangnya untuk ke pejabat media berkenaan serta mencari individu yang menulis berita itu. Sementara itu, adiknya iaitu Shamin Yusof memaklumkan abangnya mengalami demam panas dan dinasihatkan untuk tidak hadir ke majlis semalam.

"Dia memang nak datang malam ini, tapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang. Bagaimanapun, dia kata akan berusaha nak datang," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: