17 June 2022

ISU FIZI ALI 'MENGAMUK' - INI KOMEN SHAKILLA KHORIRI



"Saya minta maaf ya. Saya tak tahu fasal status dia (Fizi). Mungkin boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang ni. Sorry ya... Ada ramai yang kongsikan fasal status dia ni. Saya tak nak komen apa.


"Sebab saya pernah cakap, saya tak nak komen apa dah fasal saya dengan Fizi. Sebab saya rasa saya dengan dia baik-baik je," demikianlah ulas pelakon Shakilla Khoriri.

Shakilla yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai status bekas suaminya, Fizi Ali yang didakwa meluahkan rasa marah kepadanya yang merupakan ibu kepada anaknya itu mendakwa hubungannya dengan Fizi hanya berada dalam keadaan baik.

Fizi menerusi akaun Instagram (IG) story miliknya semalam, telah memuat naik status yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati bekas isterinya itu.

Menerusi status berkenaan, Fizi mendakwa dia menghormati Shakilla dan tidka membuka mulut mengenai hal rumah tangga mereka sebelum ini.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: