18 June 2022

AL-FATIHAH - ADIBAH NOOR DIJEMPUT ILAHI



Sekitar jam 6.30 petang tadi, artis versatil yang juga finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, akibat kanser ovari tahap empat.


Berita duka dan mengejutkan ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

"Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi," katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Adibah, 52 tahun difahamkan sudah lama menderita penyakit kanser namun merahsiakannya daripada pengetahuan ramai pihak. Menurut sumber jenazah akan dibawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai pada malam ini juga.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: