18 June 2022

"BUDAK SEKARANG SANGAT MANJA, TEGUR SIKIT TAK NAK KERJA" - LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI



"Bukan saya cerewet pilih pekerja, sebab semua pekerja boleh dilatih. Sekarang ini saya perlukan 10 orang pekerja lagi dan mungkin akan ambil orang asli sebagai pekerja. Sebab sekarang ini susah nak cari pekerja. Macam-macam perangai... budak-budak sekarang sangat manja. Bila esok kena tegur sikit, dah tak nak datang kerja.


"Sakit kepala sikit, dah tak boleh kerja. Tak macam kita dulu, tak ada transport tetap cari jalan untuk pergi kerja. Bagi saya, orang bagi alasan macam itu susah nak berjaya," demikian ujar pelakon Lana Nodin yang akui sukar mendapat kakitangan di kedai kek miliknya, dek kerana itu dia merancang untuk mengambil Orang Asli sebagai pekerja bagi melancarkan operasi.

Pada Mac lalu, Lana berkongsi berita gembira apabila dapat membuka sebuah kedai roti dan kek miliknya iaitu Lana's Bakery Land. Menurutnya, Lana's Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Klik untuk gambar besar



Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, dia enggan melayan karenah segelintir pekerjanya yang suka memberi pelbagai alasan. Berkongsi mengenai cara kerjanya, Lana memberitahu dia seorang majikan yang sangat tegas namun dalam masa yang sama boleh menjadi seorang kawan.

"Pekerja saya cakap, saya ini seorang yang tegas. Saya akan bising kalau apa yang mereka buat tidak betul. Tapi bila semua okay, saya boleh saja jadi seperti kawan.

"Boleh bergurau juga. Tapi bab kerja tak betul, memang saya akan tegur... mereka pun dah tahu cara kerja saya macam mana. Ramai pekerja yang masih bekerja dengan saya ini memang mereka nak kerja dan menambah ilmu," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: