18 June 2022

AYDA JEBAT LUAH RASA RISAU ANAK ALAMI MASALAH KULIT



"Bangun pagi nampak baby macam ni. Sesiapa tau kenapa? Allergic or anything? Pernah kena to you baby tak? Sedih kita tengok dia. Satu badan macam ni," kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dalam hantarannya di Instagram Story dimana dia meluahkan rasa risau apabila anak perempuannya iaitu Ana Nayla, 10 bulan, mengalami masalah pada kulit.


Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu turut menyertakan beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan tubuh badan dipenuhi bintik merah.

Tidak tahan melihat keadaan anaknya, Ayda dan suaminya kemudian membawa puteri mereka ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.

"Get well soon baby Koa," tulisnya.

Untuk makluman, tanggal 1 Januari lalu, genap setahun usia perkahwinan Ayda dan Nabil. Cahaya mata sulung mereka dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: