18 June 2022

RAJA FARAH SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA, PEREMPUAN



"Alhamdulillah... Terima kasih semua yang mendoakan untuk saya dan baby... Syukur semuanya selamat, lancar dan sehat... Alhamdulillah... Doakan proses berpantang saya pulak ya? Semoga dipermudahkan... Amin...," tulis pelakon Raja Farah yang bersyukur kerana selamat melahirkan bayi ketiganya di sebuah hospital swasta semalam.


Raja Farah yang berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya itu memaklumkan proses melahirkan bayi perempuannya seberat 2.81 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.

Menerusi entri berkenaan, dia berkongsi foto di hospital. Dalam kemas kini terdahulu, Raja Farah tidak menyangka dia bakal melalui proses bersalin buat kali ketiga.

"Rasa nervous, excited, takut... semua ada," kongsinya yang sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Imran Iskandar, 6, dan Ilham Iskandar, 3, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ismail pada September 2015.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: