24 June 2022

BENGANG AMELIA HENDERSON & IDRIS KHAN TARIK DIRI DI SAAT AKHIR - A. AIDA AMBIL TINDAKAN SAMAN



"Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama," demikianlah kata pelakon dan penerbit, Datuk A Aida yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara menarik diri daripada drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.


Aida menyifatkan tindakan kedua pelakon itu sangat tidak profesional apabila menarik diri di saat akhir, serta melanggar kontrak yang sudah ditandatangani.

Susulan tindakan Amelia dan Idris menarik diri, Aida berkata dia terpaksa menanggung kerudian besar. Ujarnya, sepatutnya penggambaran dijalankan paa 16 Jun lalu, namun keduanya menarik diri pada malam 15 Jun.

"Nak pujuk itu tidaklah, 'no way'. Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang mereka tak mahu. Ketika sesi bacaan skrip, mereka datang.

"Dah terangkan mengenai watak. Lagipun, kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini RM1 juta punya projek," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 52, turut kecewa kerana dia yang menaikkan nama Amelia dan Idris namun tidak sangka ini balasan diterimanya.

"Nama Amelia meletup sebab drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya. Daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu, satu. Saya tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional," tuturnya.

Aida tampil bersama pengarah drama terbabit, Riza Baharudin dan peguam dari tetuan Zulpadli & Edham, Ashmadi Othman pada sidang media itu. Sementara itu, Ashmadi berkata, pihaknya sudah menghantar surat saman Rabu lalu dengan menyertakan beberapa tuntutan.

"Pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan kerana Amelia dan Idris mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul," jelasnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: