16 June 2022

BILA FIZI ALI LUAH RASA MARAH, BERI AMARAN PADA SHAKILLA KHORIRI



"Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya... Aku rasa makin lama makin nipis ni.


"Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda.… Semua sebab kau! kau tak sedar lagi ke hah? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku," kata penyampai radio, Fizi Ali yang meluahkan kemarahannya di Insta Story.

Menerusi perkongsian itu yang menjadi perhatian ramai, Fizi yang berang terhadap bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri yang semakin hari makin melampau.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fizi, selama ini dia menjaga aib bekas isterinya itu memandangkan wanita itu merupakan ibu kepada anaknya, namun sabarnya ada batasnya. Fizi turut mendakwa hidupnya sudah musnah disebabkan bekas isterinya itu namun tidak didedahkan apa yang pelakon itu telah dilakukan kepada dirinya.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 namun bercerai selepas tiga tahun. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: