21 June 2022

BILA NETIZEN EJEK RAMBUT ANAK SAKINAH



"Terkejut aku, nak sikat rambut budak itu kejap?" - "Rasanya mi itu dah masak," antara komen-komen netizen bermulut jahat mengkritik serta mengejek gaya rambut anak kepada Sharifah Sakinah iaitu Anais dalam video yang dimuat naik pelakon tersebut.


Selepas berkahwin dengan lelaki Sweden bernama Michael Hansen, nama Sakinah kurang diperkatakan netizen. Sakinah yang kini bahagia dengan keluarga kecil bersama anak perempuan nya itu baru-baru ini ada memuat naik video di aplikasi TikTok menari bersama anak hasil perkahwinan pertamanya itu.

Sementara itu, ada netizen membidas individu yang mengejek anak perempuan pelakon itu supaya berhenti mengkritik kanak-kanak tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Yang komen pasal rambut anak tu, stop2 la shaming anak orang.. ingat kifarah tu wujud," pesan seorang netizen.

Pada Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah berkahwin dengan Michael namun tidak memaklumkan tarikh pernikahan mereka.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Anais kini berusia lima tahun.
         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: