21 June 2022

DAKWAAN SUDAH BERTUNANG: PUTERI SARAH HARAP JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB - SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI



"Terima kasih mesej (DM) saya. Kalau betul Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak," tulis pelakon Puteri Sarah di Instagram Story, berhubung dia menerima mesej peribadi (DM) yang berkongsi mengenai laporan portal hiburan yang mendakwa suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.


Memberi reaksi kepada kiriman DM itu, Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar. Puteri Sarah berkata, selain DM itu dia juga mendengar banyak khabar sama yang disampaikan orang sekeliling.

"Saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama dalam masa tempoh hari anak masuk hospital. Jadi, memang tak ambil tahu apa yang berlaku termasuklah isu ini (Syamsul dan Ira kahwin). Sejujurnya, saya tak nak peningkan kepala dengan isu ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang saja.

"Fokus pada kerjaya dan anak-anak. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah SWT. Apa pun saya berterima kasih kepada orang ramai yang ambil berat terhadap diri saya dan anak-anak," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Sementara itu, ditanya pula dakwaan terbaharu mengatakan Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sudah bertunang, Puteri Sarah, 37, berkata dia tidak tahu menahu: "Saya tak tahu," jelasnya ringkas.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, dakwaan sudah bertunang itu telah dinafikan oleh Syamsul, 38, ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp: "Hahaha. Ngaruikk (mengarut)," reaksi Syamsul.

Sebelum itu, satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya.

Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

"Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!," tulisnya.


Pada Mei lalu, muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha media mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.

Bagaimanapun, ketika pratonton filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.

"Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya," katanya kepada media pada majlis itu.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: