13 June 2022

BILA SITI NURHALIZA SEBAK HANTAR AAFIYAH MASUK PRASEKOLAH: "IBU NAK MENANGIS TAPI TAHAN JE"



"Alhamdullillah, hari ini adalah hari pertama Aafiyah masuk ke prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak 'cranky' pun. Malah, Aafiyah bersiap cantik dan sempat pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia hendak ke sekolah.


"Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Sehinggakan ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan je," demikian kongsi penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hampir menitiskan air mata ketika menghantar anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid ke prasekolah pagi tadi.

Siti berkongsi pengalaman pertamanya menghantar anak perempuannya ke prasekolah menerusi hantaran di akaun Instagramnya. Kata Siti, Aafiyah turut teruja dan bersemangat hendak bersiap ke sekolah. Malah, Aafiyah tidak menangis ketika dihantar ke prasekolah pada hari pertama.

Dalam masa sama, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini turut berterima kasih dan meluahkan penghargaan kepada tenaga pengajar yang membantu sesi pembelajaran anaknya.

Klik untuk gambar besar



"Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia dan akhirat.

"Dalam pada itu, semoga Aafiyah menjadi hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu kerana membantu Aafiyah," tulisnya lagi.

Selain Aafiyah, Siti dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K, turut dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Afwa.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: