13 June 2022

MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA - INI JAWAB PUTERI SARAH



Umum sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada orang ketiga. Puteri Sarah bagaimanapun sehingga kini masih tidak mengambil tindakan saman.


Enggan membuatkan netizen tertanya, Puteri Sarah tampil menjelaskan dia mempunyai alasan mengapa sehingga kini masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga. Kata Puteri Sarah sebab utamanya adalah kerana kasihankan bapa kepada wanita berkenaan yang juga seorang pelakon.

"Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa kamu (orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini. Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini," katanya.

Puteri Sarah mendedahkan perkara berkenaan di InstaStory selepas menerima satu paparan skrin DM (mesej peribadi) dari wanita yang didakwa menjadi keretakan rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar



Dalam mesej wanita berkenaan bersama seorang netizen itu mempersoalkan mengapa Sarah masih tidak meneruskan tindakan undang-undang seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.

"Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey. Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian," persoalnya.

Terdahulu, Sarah pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul dan terbaharu dia membuat pendedahan orang ketiga. Untuk makluman, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: