13 June 2022

ISTERI CAPRICE: "FREE HAIR TAK BERMAKNA I JAHAT... I BOLEH MINTA MAAF & BERTAUBAT BILA TIBA MASANYA"



"Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan, sedangkan mereka sedang memberi manfaat dekat saya tanpa mereka sedar.


"Viral, buatkan I lagi tambah followers and lonjakkan sales I. Untung free marketing, bukan I minta. Mereka sendiri yang sukarela nak tolong. Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal I, inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati," katanya.

"Walupun I free hair tak bermakna I jahat... I berdosa urusan I dengan Allah, I boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya. I dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong remind me 'kesian suami tanggung dosa'. Helloo, he known who his marriage with.

"Korang sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing. For me, all those negative comments I anggap mungkin mak cik or pak cik bawang need attention atau nak tumpang glamour kat komen, biarkanlah... kesian hidup sunyi sangat, tak ada benda best kan?

Klik untuk gambar besar



"Mungkin dengan fitnah atau hina orang boleh buat dia rasa bahagia. I busy tak sempat nak baca semua, kalau terbaca pun buat tersenyum sorang-sorang... I takkan delete pun komen-komen tu tetap kat situ tunggu anak cucu bawang-bawang tu sendiri yang baca.

"Baru dia kenal keturunan dia perangai macam mana," itulah kata isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice, Farra Inalis menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia mengambil pendekatan untuk tidak melenting dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu tidak bertudung atau 'freehair'.

Dalam hantaran tersebut, Farra atau mesra disapa Elis tampil menjawab soalan netizen yang bertanyakan tip untuk kekal tenang ketika teruk dikecam oleh pengguna media sosial.


Farra berkata dia tidak dapat memuaskan hati semua orang serta percaya segala kecaman netizen memberi manfaat kepadanya termasuk publisiti secara percuma dan sebahagian daripada keuntungan dalam pemasarannya.

Tidak meminta untuk dikecam, kata Farra, individu yang sentiasa menulis komen yang negatif punyai penyakit hati. Tambah Elis, orang ramai tiada hak untuk menjatuhkan hukum kerana dosanya adalah urusannya dengan Allah dan akan bertaubat apabila tiba masanya nanti.

Dalam pada itu, Farra yang juga usahawan produk tempatan menganggap individu mengecamnya sekadar mahu menumpang populariti atau mungkin sedang kesunyian sehingga berbuat demikian.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: