19 June 2022

'BUNGA ELHAQ' - NAMA ANAK PEREMPUAN ELISYA SANDHA & UZAIR HAQIMY



"And our new chapter has begun 🥰. To my love, Bunga Elhaq I love you with all my heart, carried you for 9 months and now I will be carrying you in my arms forever 😘.


"Happy Father's Day suamiku @uzairhaqimy69 you're such an inspiration to all the new dads! To more sleepless nights 😎😂," itulah tulis pelakon Elisya Sandha menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto tangan serta bibir anak perempuannya yang diberi nama, 'Bunga Elhaq'.

Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy difahamkan telah membuka akaun Instagram untuk anak sulung mereka ini, @bungaelhaq.

Sementara itu, kakak kepada Elisya iaitu pelakon Fasha Sandha juga memuat naik video memangku anak Elisya serta berkongsikan nama bayi perempuan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Fasha turut mengucapkan tahniah buat Elisya serta ibu mentuanya, pelakon dan pengarah Sheila Rusly serta ibunya yang kini sudah menimang cucu.

"Syukur Alhamdulillah. Congratulations @uzairhaqimy69 and my baby girl @elisyasandhaofficial. Syukur, Allahuakbar cantiknya baby BUNGA ELHAQ Welcome to the world sayang mami...

"Cantik dan sihat baby Bunga syukur. Selamat berpantang Elisya. Congratulations Nana @sheilarusly_jspictures nani @mamasandha dapat cucu . Syukur Alhamdulillah," tuturnya.

Untuk makluman, Elisya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di ibu kota.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: