02 June 2022

CUCU BERSYUKUR HAMID GURKHA MASIH KUAT DI USIA 90: "ALHAMDULILLAH, DATUK SAYA MASIH BOLEH BERJALAN, ADA SELERA MAKAN"



Meskipun usia sudah mencecah 90 tahun, namun pelawak legenda, Hamid Gurkha masih kuat untuk berjalan dan tidaklah hanya terlantar atas katil, walaupun kurang sihat.


Cucunya, Farizul Afiq Muhammad ketika ditemui media itu berkata, sehingga kini datuknya juga tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan keadaan kesihatan yang semakin uzur hanya disebabkan faktor usia.

"Alhamdulillah, datuk saya buat masa ini masih boleh berjalan, ada selera makan dan sekarang pun dia hanya duduk berehat di rumah. Ingatan dia juga masih baik dan dia pun masih kenal semua ahli keluarga. Cuma, dia ada masalah pendengaran untuk telinga kanannya, tetapi telinga kiri masih okey dan boleh dengar dengan baik," katanya.

Farizul berkata, keadaan kesihatan datuknya mula terganggu selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Bagaimanapun, Hamid sudah lengkap dua dos vaksin ketika itu selain dia juga mempunyai semangat yang tinggi.

Klik untuk gambar besar



"Datuk memang seorang yang kuat kerana sampai sekarang masih boleh buat aktiviti sendiri lagi. Malah, Ramadan baru-baru ini juga dia boleh berpuasa penuh, termasuk sembahyang pun boleh lagi dilakukan secara berdiri.

Untuk maklumn, Hamid yang mula dikenali menerusi filem 'Panglima Badol' pada 1978, baru-baru ini dilaporkan sakit dan hanya terlantar di rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang selepas dijangkiti C0V1D.

Hamid yang bertemu jodoh dengan isteri, Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia. Hamid juga dikurniakan 32 cucu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: