01 June 2022

DIJANGKA BERSALIN 16 JUN - ELISYA SANDHA BAKAL TIMANG ANAK SULUNG PEREMPUAN



Dijangka bersalin anak sulung pada 16 Jun ini, pelakon Elisya Sandha, 23, memaklumkan dia bakal dikurniakan bayi perempuan dan sepanjang tempoh kehamilan dia sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.


"Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami 'go with flow' saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

"Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar," kata adik kepada pelakon Fasha Sandha ini kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis 'baby shower' seterusnya memperkenalkan jantina bayi dalam kandungan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly itu berkata, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.

"Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah. Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin.

"Dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama, saya sudah bersedia menjadi bapa," ujarnya yang berkahwin dengan Elisya pada 21 Ogos tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: