01 June 2022

"DUA TAHUN LEBIH TAK ADA JOB" - ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN



"Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300," demikian jelas pelawak dan pelakon, Ali Puteh, 33, yang mengakui dia hanya mendapat satu tawaran menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja, dalam tempoh dua tahun sejak 2020.


Ali ketika ditemui media berkata, tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji Al-Quran di mana dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

Ujar Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan wang simpanannya untuk bertahan meneruskan kehidupan bersama keluarganya.

"Dua tahun lebih tak ada 'job' (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

Klik untuk gambar besar



"Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka," tuturnya.

Ali yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaan dan membantu kehidupannya sekeluarga.

"Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya. Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu," katanya.

Bagaimanapun, Ali bersyukur apabila dia mula menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam sitkom 'Lot 69' yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun ini.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: