29 June 2022

"CUKUPLAH SAMPAI DISITU SAHAJA..." - SERA LETAK NOKTAH DENGAN SHUK, BERHUBUNG KERANA ANAK-ANAK



"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.


"Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia. Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

"Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar. Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan.

Klik untuk gambar besar



"Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini," itulah kata isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera yang merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagian buat suaminya, dek keran itu dia meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Lebih setahun kemelut rumah tangga Shuk dan Sera menjadi perbualan hangat masyarakat dan tidak kurang yang keliru dengan status sebenar pasangan ini. Kedua-duanya dilihat meneruskan kehidupan masing-masing namun masih belum ada kata putus sama ada akan mengambil jalan berpisah atau pun kembali bersama. Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dilanda badai apabila pelawak itu didakwa bersikap curang terhadapnya.

Jika minggu lalu, Shuk dijemput sebagai tetamu program Hard to Heart, semalam isterinya pula diundang ke program MeleTOP. Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok, Sera dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melangkah masuk.



Mengulas mengenai isu rumah tangganya, Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir. Menurut Serra lagi, sebelum ini dia mampu memaafkan suaminya kerana memikirkan tentang anak-anak, namun tidak kali ini.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dugaan. Dalam pada itu, Sera, berkata dia masih lagi memberi sokongan buat Shuk supaya melakukan perubahan untuk diri sendiri berikutan apa yang berlaku.

Terdahulu, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: