29 June 2022

"TIDAK BERAPA SIHAT, KEADAAN JANTUNG SAYA JUGA KINI TINGGAL 10 PERATUS SAHAJA LAGI" - BOB LOKMAN



Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang menghidap beberapa penyakit iaitu jantung, masalah paru-paru dan buah pinggang.


Pada awal April lalu, Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman terpaksa dikejarkan sekali lagi ke Unit Rawatan Rapi (ICU), ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.

Terbaru, Bob memaklumkan tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus. Bob dalam kenyataan berkata, dia kini hanya bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

"Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi. Selagi bateri ini tidak mati, selagi itu saya bernafas. Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah. Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Bob turut memberitahu selain bergantung kepada ubat-ubatan, dia perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan sekali bagi memantau tahap kesihatannya.

"Rawatan susulan di hospital untuk berjumpa doktor memang ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung ini seperti bateri, walau setiap hari cas pun, makin lama makin kurang juga.

"Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula gemuk, banyak yang tidak sihat. Jantung tidak kuat, namun perlu banyak juga menggunakan jantung.

"Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin teruk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: