28 June 2022

LUFYA CEDERA DIPUKUL, ANAK HAMPIR DICULIK - BEKAS SUAMI NAFI DIA PELAKUNYA



Malang tak berbau... itulah yang dihadapi oleh pelakon Lufya Omar apabila berdepan detik cemas dimana dia mendakwa anak perempuannya, Laana Haura, 5, hampir diculik oleh seorang lelaki ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.


Lufya meluahkan rasa syukur anaknya selamat meskipun dia berdepan kecederaan disebabkan individu tersebut memukulnya menggunakan kayu demi mempertahankan anaknya.

"Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.

"Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya," katanya.

Dalam pada itu, Lufya berkata individu yang menyerangnya agak besar namun dia menggunakan seluruh kudratnya untuk melawan serta menyelamatkan anaknya. Lufya juga turut meminta ibu bapa diluar sana turut berjaga-jaga.

Klik untuk gambar besar



"Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah... Moral of the story is we must always stay alert.

"Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya," ujarnya.

Sementara itu, komen seorang pengguna media sosial di Instagram Lufya telah mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.

"Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis). Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. Dayus," tulisnya.



Hafiz ketika dihubungi media menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah. Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

"Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

"Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

"Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama 'move on' dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.


Menurut Hafiz, dia mengetahui insiden itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.

"Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang 'forward' perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.

"Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

"Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: