28 June 2022

"ISTERI SAYA SPORTING..." - AWIE KATA ISTERINYA TAK CEMBURU KONGSI PENTAS BERSAMA ERRA



Sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira sejak kebelakangan ini, penyanyi rock legenda, Datuk Awie menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin tidak cemburu berhubung perkara tersebut.


Awie yang juga seorang pelakon berkata, isu terbabit tidak pernah timbul antara dirinya dan isteri. Bahkan, Tambahnya, Sharifah sangat memahami dan teruja setiap kali dia dan Erra bekerjasama.

"Tiada isu antara kami kerana isteri saya memang sporting mengenainya. Malah, dia telah memberikan kebenaran dan sangat teruja. Sebab dia pun peminat Erra. Jadi, semuanya baik-baik sahaja, tiada perasaan cemburu.

"Berpuluh tahun saya dah kenal dia. Kami banyak tolak ansur dan faham antara satu dengan lain. Dulu pernah bertunang, kecewa, putus dan hujungnya kembali bersahabat. Insya-Allah, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: