29 June 2022

DAKWAAN DICEDERAKAN & CUBAAN MENCULIK ANAK - POLIS SAHKAN SUDAH TERIMA LAPORAN LUFYA



Berhubung dakwaan dicederakan dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, memaklumkan laporan polis dibuat pelakon itu di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, pada 6.59 pagi tadi.

"Bagaimanapun, kita belum dapat merakam keterangan Lufya kerana beliau perlu bergegas ke sebuah lokasi untuk satu urusan penting sebaik sahaja selesai membuat laporan polis pagi tadi.

Klik untuk gambar besar



"Dakwaan ada individu cuba menculik anaknya itu adalah berat dan kita ambil serius perkara ini, justeru kita perlu rakam keterangannya dengan lebih lanjut bagi membantu siasatan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, dilaporkan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa berdepan detik cemas apabila dipukul di bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura, 5, di taman permainan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar memukulnya sehingga beliau mengalami kecederaan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: