29 June 2022

DIDUGA LAGI - FARAHDHIYA POSITIF C0V1D SELEPAS 3 MINGGU JALANI PEMBEDAHAN DI BAHAGIAN LEHER



"Selepas dua tahun lebih bertahan, akhirnya saya tewas dengan Covid-19. Hari ini baru saya mempunyai kudrat untuk berkongsi. Bukan lauk pantang tapi lauk orang kena C0V1D. Baru mula bekerja selepas pembedahan saya, sekarang kembali ke rumah untuk jalani kuarantin.


"Tak apa Allah sayang. Dia bagi sakit, Dia bagi rehat yang banyak," kata penyanyi Farahdhiya menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dimana dia memaklumkan dirinya kini positif C0V1D selepas tiga minggu menjalani pembedahan di bahagian leher.

Farahdhiya atau nama penuhnya Farahdhiya Mohd Amin yang baru saja memulakan kerja selepas berehat kini menjalani proses kuarantin kendiri di rumah. Farahdhiya berkata, dia akhirnya tewas selepas lebih dua tahun bebas daripada dijangkiti virus berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada perkongsian tersebut, penyanyi berusia 38 tahun itu turut memuat naik foto makanan berpantang disebabkan dijangkiti C0V1D. Ruangan komen perkongsian berkenaan dibanjiri dengan kata-kata positif mendoakan agar penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu diberikan kesembuhan cepat dan bebas daripada virus itu.

Terdahulu, Farahdhiya selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian lehernya pada dua minggu lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Memilih untuk tidak memperincikan butir penyakit yang dihidapinya, Farahdhiya turut memohon maaf kerana dia terpaksa membatalkan dan menundakan beberapa perkara penting.

"Terpaksa batalkan dan tunda banyak perkara, saya minta maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh isu ini. Saya akan kembali bekerja minggu depan, Insya-Allah. Terima kasih rakan-rakan tersayang yang hantar ubat, makan dan sebagainya. Anda tahu siapa anda," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: