16 June 2022

"DIA MASIH LAGI DALAM FASA UNTUK MELATIH DIRI DIA (BERHIJAB) - IBU MOHON DOAKAN BAIK-BAIK BUAT AMEERA KHAN



Semua sedia maklum mengenai adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan yang kini dilihat sudah tidak berhijab lagi. Penampilan personaliti berusia 22 tahun itu yang mengenakan aksesori kepala sambil rambutnya mengurai di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.


Malah, perkongsian berkenaan membuatkan ada yang keliru dengan imej Ameera yang didakwa sering 'on-off' dalam etika menutup aurat. Dalam netizen mengkritik, tidak kurang yang turut mendoakan supaya Ameera terus istiqamah seterusnya mengikut jejak langkah Neelofa yang menutup aurat sepenuhnya.

Dalam pada itu, ibu Ameera, Datin Noor Kartini memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya yang sering mendapat perhatian gara-gara penampilan berhijab yang 'on and off'. Noor Kartini, 55, mengakui anaknya, Ameera masih dalam proses mengenakan tudung dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar



"Dia masih lagi dalam fasa untuk melatih diri dia (bertudung dengan sempurna). Ini yang mana, kalau kita tengok, Ameera bukan (belum lagi) bertudung secara penuh. Ada ketikanya dia masih mengenakan topi atau 'headband'.

"Jadi bagi sayalah, sesiapa sahaja baik kita lagi doakan yang baik-baik sebab yang baik tu kita juga yang akan dapat nanti, Insya-Allah," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: