14 June 2022

"DIA MUDAH KAHWIN & CERAI PUN MUDAH" - ELLIE DEDAH TAK PERNAH MINTA SEUTAS RANTAI ATAU DUIT, HANYA MAHU KESETIAAN



"Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua. Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya.


"Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah… Saya ni bawa pergi malam pun saya dah seronok. Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris," luahnya.

"Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah... Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa... Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya...

Klik untuk gambar besar



"Its always about love," cerita pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang mendedahkan kemanisan rumah tangganya selama 19 tahun sudah tidak dirasai sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri dari perkahwinannya dengan pelakon Azri Iskandar.

Meluahkan isi hatinya kepada pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program Hard To Heard, Ellie berkata perubahan pada Azri sudah mula kelihatan dan dia tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya sebegitu.

Ujar Ellie, sepanjang perkahwinan bersama Azri, dia tidak pernah meminta barang kemas mahupun duit, sebaliknya hanya kesetiaan yang dipinta.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: