14 June 2022

SUDAH LANTIK PEGUAM - FIFY AZMI DESAK PULANGKAN DUIT SEGERA, MINTA PA HENTI CERITA BURUK



"Cakaplah apa sekali pun. Biarlah dia rasa puas hati dengan sebarang kenyataan yang dibuat. Saya tidak pernah takut. Lebih baik saya tidak melayan semua itu. Janganlah nak cari perhatian dengan memburukkan orang lain.


"Apa yang penting sekarang adalah saya mahukan duit saya. Tolonglah pulangkan duit saya," kata pelakon Fify Azmi yang enggan melayan sebarang bentuk provokasi dan tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dilemparkan bekas pembantu peribadi (PA) bernama Nora terhadap dirinya.

Kemelut antara Fify dan PA semakin berlarutan apabila timbul pula dakwaan kononnya pelakon ini mengambil barang terlarang. Isu ini hangat diperkatakan selepas Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32, membuat laporan polis atas dakwaan wanita tersebut melarikan wang miliknya berjumlah RM15,000.

Klik untuk gambar besar



Pada 6 Jun lalu, Fify membuat laporan polis mendakwa Nora melarikan wang hasil bayaran 50 peratus penglibatannya dalam filem 'Special Airforce Anarchy' bersama syarikat Skop Production Sdn Bhd.

Difahamkan kes tersebut kini masih lagi dalam siasatan. Dalam pada itu, Fify juga memberitahu dia sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkaitan duit tersebut termasuk kenyataan buruk yang dikeluarkan oleh Nora terhadap dirinya.

"Saya tidak ada masalah untuk berhadapan dengan dia. Tapi sekarang ini biarlah pihak polis sahaja yang mengendalikan kes ini. Saya sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berhubung dia membawa lari wang tersebut dan tindakannya memburukkan nama saya," ujarnya.



Meskipun berdepan dengan kes ini, Fify memberitahu ia sama sekali tidak menganggu fokusnya ketika berada di lokasi penggambaran. Kata Fify, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk memberi kesedaran kepada rakan artis lain supaya tidak mengalami nasib sama.

"Apa yang dia kata itu tidak memberi kesan kepada saya. Malah saya hanya ketawa membacanya. Ia juga tidak ganggu fokus kerja saya, apabila di lokasi saya masih boleh berlakon seperti biasa.

"Banyak kali saya dengar tentang Nora dari rakan artis sebelum ini. Saya fikir dia akan berubah, tetapi malangnya tidak dan saya menjadi salah seorang mangsa. Boleh sahaja saya mahu berdiam tetapi ini adalah pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain," jelasnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: