14 June 2022

"JANGAN SEBAB BENDA NI TURUN PULA BALA BENCANA" - PU AMIN BERI TEGURAN ISU TEPUK PUNGGUNG



Susulan video tular aksi tepuk punggung membabitkan empat selebriti dan usahawan iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet, pendakwah bebas PU Amin juga turut tampil memberi teguran. Menurut Pu Amin, tindakan empat individu itu seolah-olah tidak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama.


"Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.

"Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensitiviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?" katanya.

Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana, 31, berkata, perlakuan sedemikian antara lain didorong oleh sikap masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

Klik untuk gambar besar



"Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

"Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana," katanya.

Terdahulu, penyanyi Ifa Raziah juga antara individu yang terbabit dalam video itu menganggap aksi mereka itu sekadar aksi tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan. Video dimuat naik Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli di Instagram itu tular hingga mencetuskan kritikan dan amarah warganet.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: