14 June 2022

"SESUAI UNTUK AKTIVITI, BAJU TERSEBUT JUGA CUKUP TEBAL..." - NABILA RAZALI JAWAB KRITIKAN BAJU RENANG



Penyanyi Nabila Razali baru-baru ini menerusi laman Instagram ada memuat naik foto memakai baju renang. Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu 'Peluang Kedua' itu telah menerima kecaman netizen.


Menjawab kritikan tersebut, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata pemilihan baju tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan ketika bercuti di sebuah pulau peranginan, baru-baru ini.

Ujarnya, baju yang dipakai itu dibuat daripada material yang tebal dan tidak menampakan bahagian tidak sepatutnya. Malah, dia juga sudah bertanya kepada ibu sama ada perlu atau tidak dia memadam perkongsian foto tersebut di laman sosial.

"Selepas menerima direct messege (DM), saya ada bertanyakan kepada ibu. Dia tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan memang sesuai untuk aktiviti yang dilakukan.

Klik untuk gambar besar



"Malah material baju tersebut juga cukup tebal dan tidaklah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Jika ibu atau anggota keluarga lain rasakan penampilan tersebut tidak sesuai saya akan padamkan daripada media sosial," ujarnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Nabila yang sudah lali menerima teguran sebegitu itu berkata dia memahami tindakan peminat yang sentiasa memberi perhatian kepada sebarang bentuk perkongsian artis di media sosial.

Enggan melatah, pelakon drama 'Kebaya Kasut Kanvas' ini juga mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.

"Sebagai seorang public figure, apa sahaja tindakan orang akan nampak. Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran yang diberikan. Bagaimanapun jika mahu menegur, berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan.


"Janganlah sampai mengusik keluarga saya kerana itu sudah berlebihan. Saya terima segala teguran dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah ia tetap salah. Doakan yang terbaik buat saya," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Nabila memberitahu dia kini sedang mencari material baharu yang betul-betul sesuai dengan kemampuan vokalnya. Dalam masa sama, Nabila juga mengakui tertekan untuk tampil dengan lagu baharu kerana bimbang tidak menerima sambutan hebat seperti lagu terdahulu.

"InsyaAllah tahun ini saya akan tampil dengan lagu baharu sebagai hadiah buat peminat... masih mencari lagu yang betul-betul sesuai dengan kemampuan saya. Menjadi satu cabaran untuk kekalkan dan menjaga reputasi seperti lagu sebelum ini.

"Kalau boleh tidak mahu ia sekadar menjadi viral dan hanya popular sekejap sahaja. Biarlah lagu saya itu nanti menjadi evergreen seperti lagu zaman dahulu," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: