10 June 2022

DITUDUH AMBIL KESEMPATAN - WANITA MIRIP ARWAH SITI SARAH LUAH KECEWA



"Tujuan saya buat video ni saya nak cerita yang sampai ke hari ini dan hari-hari lah saya dapat kecaman macam-macam," itulah kata wanita yang mirip wajah arwah Siti Sarah dikenali sebagai Nurul Amera dimana dia meluahkan rasa kesal apabila ramai individu memberikan komen negatif terhadap dirinya.


Menerusi video yang dimuat naik oleh Nurul Amera di TikTok, mendedahkan bahawa setiap hari dia menerima kecaman dan pelbagai komen negatif daripada warganet. Malah, Amera turut mengatakan sehingga kini dia tidak pernah membuat konten atau mengaku bahawa wajahnya mirip Allahyarham Siti Sarah.

"Siapa yang dah lama follow saya dari dulu mereka akan tahu yang setiap kali saya post pasal diri saya, saya tak pernah lagi mengaku seiras dengan sesiapa sahaja.

"Belum pernah buat konten lagi yang mengaku diri saya seiras ke apa. Banyak orang yang kecam dan hina saya dari Facebook ,Instagram, TikTok dan semua berfikiran negatif. Ada pun hanya beberapa orang je yang berfikiran positif," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, pelakon veteran, Raisuddin Hamzah bertemu dengan seorang wanita yang dikatakan mirip wajah arwah anaknya sempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam pada itu, wanita ini turut mengakui bahawa terdapat individu yang menuduhnya sengaja mengambil kesempatan hadir ke majlis ulang tahun berkenaan sedangkan niatnya hanya untuk berjumpa dengan pelakon veteran tersebut.

"Kata saya ni menggatal, pergi sana sebab nak ambil kesempatan lah. Tapi saya pergi sana sebab niat saya nak jumpa ayah arwah dan tak ada niat lain. Sebab dorang yang invite, ada rezeki kita jumpa lah," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar Amera tidak melayan komen-komen negatif tersebut. Malah, ada juga di antara mereka yang memberi semangat supaya wanita ini terus tabah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: