10 June 2022

MENGAKU DILAMAR 2 HARI LEPAS ELLIE DICERAI, WANITA TERKEJUT DAPAT BERITA NAK KAHWIN ORANG LAIN - AZRI ISKANDAR BENGANG DITUDUH 'PLAYBOY'



"Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai, saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik. Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi saya tak nak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka.


"Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain. Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah.

"Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia... semua baik. Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

"Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia," demikianlah pengakuan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai F yang mendakwa Azri Iskandar pernah berjanji untuk bernikah dengannya dan sudah berjumpa keluarga pelakon itu di kampung.

Klik untuk gambar besar



Semua sedia maklum, Azri baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera dalam masa terdekat, namun muncul pula seorang wanita yang mendakwa dipermainkan pelakon itu.

Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bercerai dengan pelakon dan pengarah Elly Suriaty.

Namun kata F, dia kemudiannya bersetuju untuk bertemu Azri. Kata F, dia agak terkejut dengan pelawaan tersebut dan menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin selepas bercerai.



Bagaimanapun F mengakui terkejut dan rasa dipermainkan selepas membaca berita bahawa pelakon tersebut bakal berkahwin dengan wanita lain dalam masa terdekat.

Enggan berdiam diri, Azri yang bercerai dengan Ellie talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu itu tampil menepis tuduhan wanita tersebut.

Kata duda berusia 54 tahun itu, dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan selepas bercerai dengan Ellie Suriaty dan apa yang didakwa wanita itu tidak benar sama sekali.


"Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan. Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.

"Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Dalam pada itu, Azri menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan maruah dan memalukannya.

"Buktikan... kang saya saman nanti. Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya... saya akan saman satu-satu," jelas pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' ini lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: