10 June 2022

HULUR BANTUAN PADA WARGA EMAS - NETIZEN PUJI SIKAP PEMURAH SHUIB



Semua sedia maklum mengenai hidup Shuib Sepahtu yang sebelum ini dikatakan dalam keadaan susah, namun kini pelawak itu sudah bergelar usahawan berjaya. Dalam pada itu, Shuib juga sememangnya terkenal dengan sikap merendah diri.


Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan Shuib turun dari kereta dan memberikan sesuatu kepada seorang warga emas yang keretanya rosak di tepi jalan.

Menerusi video itu, pada awalnya warga emas itu dilihat menolak pemberian Shuib dipercayai wang namun akhirnya menerima mungkin selepas dipinta oleh pelawak itu.

Diruangan komen, anak kepada warga emas itu mengucapkan terima kasih kerana membantu bapanya yang berada di dalam kesusahan.

Sikap pemurah Shuib itu telah menerima pujian ramai. Malah, ada yang mengatakan inilah sebab Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah ini murah rezeki kerana mereka sentiasa memberi.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: