Pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz fairuz baru-baru ini telah bercuti bersama anak-anak mereka di Genting Highland. Penampilan Almy yang memakai memakai tudung bawal berwarna biru itu telah apa yang menarik perhatian netizen.
Difahamkan, video itu dimuat naik oleh akaun Instagram kelab peminat Almy dan suaminya. Menerusi video tersebut, pelakon itu bersama suami serta empat anaknya dilihat sedang menaiki kereta kabel.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Almy tampil cantik bertudung. Malah, ramai mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.
Setakat ini, Almy belum mengesahkan lagi sama ada sudah bertudung penuh. Namun, dalam satu perkongsian di Instagram, Almy dilihat bertudung ketika membuat panggilan video bersama anaknya.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment