10 June 2022

"SAYA TIDAK PERNAH KELUARKAN SEBARANG KENYATAAN..." - NINA ISKANDAR JAWAB ISU TAK BERTUDUNG



"Saya tidak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal itu," ujar pelakon Nina Iskandar yang menjelaskan berhubung gambar terbaharu yang dikongsinya di laman Instagram sehingga menimbulkan tanda tanya adakah dia kini tidak lagi berhijab seperti penampilan sebelum ini.


Pelakon berasal dari Brunei itu dilihat berpenampilan menutup aurat sejak dua tahun lalu dan sering menerima pujian ramai. Dalam pada itu, Nina juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang rumah tangganya yang dikatakan bermasalah gara-gara memadam gambar-gambar bersama suami di Instagram.

"Doakan yang terbaik. Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan. Saya mahu turunkan semula berat badan. Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan," katanya.

Untuk makluman, Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: