10 June 2022

HAWA RIZWANA BERPAKAIAN KETAT KETIKA KARAOKE TERIMA TEGURAN NETIZEN



Pasti ramai mengenali personaliti TV dan penyampai radio, Hawa Rizwana, apatah lagi gadis itu dikatakan saling tidak tumpah selebriti terkenal, Noor Neelofa. Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, sebelum ini pernah dikecam dek kerana pakaiannya yang dikatakan ketat.


Terkini, Hawa nampaknya sekali lagi menerima teguran selepas perkongsiannya menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya sedang sakan berkaraoke bersama peminat. Namun apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah penampilan Hawa apabila seluarnya yang dikatakan terlalu ketat dikritik netizen.

Diruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa sedih melihat cara pemakaian Hawa serta ada yang menegur supaya memakai seluar yang lebih longgar. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan seluar adik siapa yang dipakai oleh Hawa. Namun, disebalik kecaman, ramai yang mendoakan agar diberikan hidayah.

Sementara itu, Hawa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat dan akan mengambil iktibar terhadap semua teguran yang diberikan.

"Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih atas semua komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang. Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung," katanya.

Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikritik, malah aktiviti karaoke juga mendapat kecaman netizen. Bagi Hawa, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya samata-mata.

Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan ancaman kepada orang lain.

"Sebagai manusia biasa saya juga ada hobi sendiri, cuma sebelum ini jarang berkongsi di media sosial. Saya tidak mahu sekadar tunjuk kerja sahaja. Apa pun perkara yang saya buat ada batasnya. Saya tidak pernah lupa pesan ibu bapa dan tidak kacau orang lain," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: