10 June 2022

"AWAK NILAI SENDIRI" - ANAK AZRI ISKANDAR MINTA DR AZRA FIKIR SEMULA, BANTAH BAPA TERBURU-BURU NAK KAHWIN LAGI



"Dalam tempoh 18 tahun ni rasanya saya tak tertinggal banyak sangat benda untuk tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka. Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita macam ini.


"Pertama kenapa perlu tipu? Kedua benda ni terlalu tiba-tiba. sebagai anak saya faham tapi ada rasa kecewa dengan tindakan ayah. Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat bercerai. Lebih baik dia fokus kepada diri dan kerjaya dia.

"Saya tanya ayah betul ke? Kenapa cepat sangat? Dia kata hanya nak kenal-kenal dulu. Kepada Dr Azra mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, anda boleh pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya.

"Awak nilai la sendiri," itulah kata anak kepada selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty iaitu Azrell Omar yang terkejut dengan pengakuan seorang wanita yang mendakwa bercinta dengan bapanya selepas aktor itu bercerai baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Ujar Azrel, 18, dia juga terkejut dengan pengakuan wanita dikenali sebagai 'F' yang mendakwa pernah pulang ke kampung bersama bapanya. Dalam pada itu Azrell berkata dia dan adik-beradik yang lain berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bapanya yang mengambil keputusan untuk berkahwin baharu ketika ibu mereka masih dalam tempoh edah.

Dalam masa sama, dia juga memberi nasihat kepada Dr Azra untuk mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan bapanya selepas timbul pelbagai isu yang melibatkan aktor tersebut.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai 'F' membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain. Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.


Ketika ditanya tentang keadaan ibunya selepas bercerai, Azrell berkata Ellie seorang wanita yang kuat kerana masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Ibu saya adalah seorang yang kuat sebab dalam benda macam ni terjadi dia masih teruskan kehidupan harian dia dengan bekerja. Dia pandai asingkan masalah dengan kerja, jadi tiada apa yang boleh menghalang dia.

"Saya nak minta maaf kalau ayah saya ada DM atau chat dengan mana-mana wanita dan berjanji apa-apa sebab dia baru bercerai... mungkin itu cara dia legakan hati," ujarnya.

Terdahulu, pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' itu mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat. Untuk makluman, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: