30 June 2022

DITUDUH 'PENGIKUT ILLUMINATI' DEK BUSANA GUNA 150 UNIT RAMBUT SEBENAR - AINA ABDUL TAK KISAH DIKECAM, IBU SUDAH RESTUI



Pada Sabtu dan Ahad lalu (25 & 26 Jun 2022), konsert A Night With Aina Abdul 2.0 telah diadakan dengan jayanya di Istana Budaya, Kuala Lumpur apabila menerima sambutan luar biasa. Kejayaan konsert tersebut ternyata mencuri perhatian ramai peminatnya.


Bukan sahaja dari segi kemantapan vokal, malah persalinan yang ditampilkan penyanyi bersuara lunak ini juga bagaikan magis dalam persembahannya. Meskipun, ramai yang memuji dan ada yang mengakui ini adalah konsert terbaik yang pernah disaksikan oleh peminat, namun terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan busana yang diperagakan Aina pada malam tersebut.

Menerusi hantaran foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, busana berwarna hitam yang dikatakan menggunakan lebih 150 rambut sebenar itu terus mencetuskan kontroversi dan persoalan dalam kalangan netizen. Sehingga ada yang melabel persalinan itu seperti dajjal dan menggelar Aina sebagai 'pengikut illuminati'.

Biarpun dikritik, Aina tetap mendapat pujian kerana berani tampil dengan sesuatu yang baru. Bahkan, ada yang memuji busana hitam rekaan Melinda Looi itu sebagai sangat 'brilliant' sesuai dengan konsep Aina yang sentiasa tampil dengan fesyen yang unik di mata peminat.

Klik untuk gambar besar



Aina dalam satu kenyataan memaklumkan keberaniannya yang sentiasa menampilkan busana yang luar biasa itu ketika konsert berkenaan sudah pun mendapat persetujuan dari ibunya, dan beliau enggan mengambil pusing tentang komen negatif netizen.

"Memang tradisinya adalah mama kena at least tengok bentuk persembahan dan baju saya. Sebab dia adalah number 1 netizen, jabatan netizen. So mama approve semua baju-baju saya, tu je saya nak dengar. Kalau mama approve then orang lain rasa pelik, saya tak kisah sebab mama saya dah restu," katanya.

Penyanyi lagu 'Semalam' yang berusia 28 tahun ini mengakui dia sememangnya lebih suka menampilkan kelainan selain dapat menonjolkan persona dalam dirinya.

"Pakai baju ini seperti impian menjadi kenyataan. Dibuat dan dipilih dengan butiran oleh team saya. Banyak saya terima komen, apabila saya jadi berlainan, orang sangka saya tak yakin dengan diri sendiri.



"Tapi sejujurnya, saya sangat suka menjadi lain, sebab ia membantu saya untuk tonjolkan persona dalam diri saya dan bila ada team yang gila-gila macam saya, proses kreatif jadi makin best," katanya.

Aina berkata, persalinan rona hitam tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza. Malah busana rekaan Melinda Looi itu menggunakan lebih daripada 150 unit rambut sebenar yang diimport khas untuknya. Tambah Aina, dia bersyukur kerana mempunyai barisan skuad yang komited dan membawa kepada penghasilan sesuatu yang diidam-idamkan.

"Kesemua persalinan ada ceritanya masing-masing. Outfit yang pertama boleh dikatakan sebagai the alter-ego of Aina Abdul. Menggunakan lebih daripada 150 unit rambut, kita import rambut-rambut itu dan rambut di atas baju saya itu adalah rambut sebenar.



"Agak berat untuk dipakai tetapi selesa dan kukuh. Persalinan tersebut dibuat pereka Melinda Looi. Sebenarnya idea untuk menggunakan material rambut sebenarnya datang hasil perbincangan bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi atau dibincangkan.

"Tetapi saya selalu beritahu Abu, saya mahu gunakan material rare yang mana orang tak kan terfikir. Apa lagi yang boleh bagi atau dipersembahkan. Abu tunjuk saya satu foto, saya pernah nampak satu foto 'baju rambut' tetapi foto yang Abu tunjuk itu saya tidak pernah tengok lagi dan saya tertarik.

"Baju ini berkonsepkan rambut... seperti mana yang anda lihat memang saya memakai baju rambut. Kami sangat bertuah ada pereka fesyen, Melinda Looi. Saya tertarik dan pereka yang saya terfikir ketika itu ialah Melinda Looi memandangkan beliau selalu berfikir di luar kotak.

"Sebab itulah kita panggil busana tersebut sebagai 'The Hair Outfit'. Jujurnya saya tidak sabar untuk melihat apa reaksi peminat di luar sana dengan persalinan 'rambut' itu. Bagi saya ia persalinan yang brilliant. Tak pernah difikir orang tetapi berkat pasukan saya, kami bersama-sama seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang sangat berbeza," ujarnya.






















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: