18 June 2022

ELISYA SANDHA SELAMAT BERSALIN - SHEILA RUSLY TIMANG CUCU PEREMPUAN



"Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tiada komplikasi setakat ini. Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan dibantu besan Mama Sandha," demikian kata pelakon dan penerbit Sheila Rusly, 51, yang meluahkan rasa syukur dan sangat teruja apabila selamat menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.


Menantunya, pelakon Elisya Sandha, 23, selamat melahirkan anak sulung perempuan hasil perkahwinannya dengan Uzair Haqimy, 26, pada jam 8.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.

Sebelum kelahiran itu, Shiela ada berkongsi dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya. Menurutnya, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama. Katanya, dia akan gunakan nama itu dan hanya akan dikongsikan Elisya serta suaminya selepas dilahirkan.

Untuk makluman, Elisya yang merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mendirikan rumah tangga bersama Uzair atau Haq pada Ogos tahun lalu.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: