17 June 2022

AL-FATIHAH - MUJAHID NOWSEEHEART HEMBUS NAFAS TERAKHIR DI BANDUNG



Takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart, Mujahid Abd Wahab atas pemergiannya yang meninggal dunia di Bandung, Indonesia pada jam 12.40 tadi (waktu Bandung) ketika dalam perjalanan ke hospital di sana.


Salah seorang anggota kumpulan nasyid itu, Huzaimi Zaini telah mengesahkan berita duka tersebut. Huzaimi ketika dihubungi berkata, dia agak terkejut kerana dua hari lalu Allahyarham masih kelihatan sihat.

"Dua hari lalu tengok dalam satu hantaran Facebook macam dia sihat, tapi tadi dapat berita yang dia dah meninggal daripada kumpulan WhatsApp kawan-kawan sekolah.

"Saya memang terkejut sebab mesej yang ditulis itu dia meninggal pada jam 12.40 tengah hari tadi di Bandung. Perkara itu memang dah disahkan oleh adik dan juga kenalannya di Bandung," katanya.

Menurut Huzaimi, ketika ini pihak keluarga mereka masih dalam usaha untuk membawa pulang jenazah Mujahid ke Malaysia.

"Katanya nak diusahakan bawa pulang ke Malaysia tapi saya masih tak pasti lagi bagaimana sebab belum dapat maklumat apa-apa lagi. Saya pun masih belum pasti dia meninggal sebab apa dan masih menunggu maklumat yang lebih terperinci daripada keluarganya," jelasnya.

Untuk makluman, Mujahid mula aktif bersama NowSeeHeart sejak 1995 sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu pada 2005.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: